Che Ta Tinggal Aaisyah Dhia Rana Pergi Bercuti Dengan Zain Saidin
Ramai yang mengetahui bahawa isteri kepada Zain Saidin ini cukup gemar untuk melancong. Dalam satu tahun banyak kali juga kita melihat Che Ta melawat ke beberapa negara sekitar Eropah.
Che Ta atau nama penuhnya Rozita Che Wan bersama suami Zain Saidin kini sedang berada di benua Eropah,khabarnya mencuri waktu untuk percutian singkat.
Pasangan bahagia itu kini di Switzerland, sedang bercuti dan turut bersama mereka adalah ibu Che Ta, adiknya Ruby Che dan juga suami Ruby iaitu pelawak Mazlan Pet Pet.
Che Ta berkongsi fotonya bercuti ke Switzerland belatar belakangkan kawasan peranginan yang terkenal di negara yang terkenal dengan aktiviti ski di celahan pergunungan Alps tersebut. Memang cantik sungguh pemandangan di Swiss Alps.
Meninggalkan puteri tersayang, Che Ta jelas merindui Aaisyah Dhia Rana yang tidak ikut untuk percutian kali ini.Agaknya kerana lokasi yang terlebih sejuk tidak sesuai untuk si manjanya itu dan bimbang jatuh sakit.
Maklumlah puteri seorang, tak mengapa nanti dah besar pasti Che Ta akan bawa juga anaknya itu bercuti keliling dunia kan?
0 Response to "Che Ta Tinggal Aaisyah Dhia Rana Pergi Bercuti Dengan Zain Saidin"
Post a Comment