Cara-Cara Ketahui Jantina Anak Dalam Kandungan Lelaki Atau Perempuan.?

Assalamualaikum... Kebelakangan ini Am tengok ramai betul orang mengandung. Asal keluar dari rumah je mesti terlihat wanita hamil. Boleh kata dalam 10 orang perempuan yang Am jumpa, 3 orang adalah mereka yang sedang sarat mengandung.


Mungkin selama ini Am je kot yang tak perasan dorang ni tengah hamil. Atau sebelum ni perut tu tak nampak besar lagi.. Haha.. Ataupun selama ni Am jalan tunduk kepala ke bawah.. Sebab tu lah tak berapa perasan keadaan sekeliling.. ahaks..

Sebab itu Am rasa sekarang masa yang sesuai nak kongsi pengalaman tentang kehamilan ni.

Orang dulu-dulu memang ramai yang handal. Bak kata pepatah, "sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina".. orang tua-tua dulu kalau tengok kita atas bawah dah boleh tahu perihal seseorang.

Contoh, tengok pada tangan, betis, kaki dan beberapa lagi anggota badan then dah boleh agak samada seseorang wanita itu masih bujan atau dah bernikah. Dalam erti kata lain, masih dara atau tidak..haha. Kan?
Cara-Cara Ketahui Jantina Anak Dalam Kandungan Lelaki Atau Perempuan.?

Petua Orang-Orang Tua:
1. Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. --

2. Melihat kepada nipple breast (Maaf perkataan Am guna tiada unsur lucah sekadar bagi penerangan lebih jelas sahaja) si suami atau si isteri... Kalau nipple suami atau isteri terbelah...maka anak yang dalam kandungan tu anak perempuan. Sebaliknya, kalau nipple isteri atau isteru tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki.

3. Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengirin ke kanan, maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri...mungkin anak perempuan --

4. Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan...mungkin anak lelaki....Sebaliknya, kalau baby tu suka dok sebelah kiri,  mungkin perempuan.

5. Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya, kemungkinan anak dalam kandungan tu perempuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya....anak lelaki la tu...

6. Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus kemungkinan perempuan.

7. Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tetapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak perempuan. Sebab anak perempuan tu telah menarik seri wajah ibu dia... Sebab tu muka ibunya tak berseri...

8. Melihat kepada response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu yang mengandung. Katanya, kalau baby perempuan tu suka kat ibu mengandung ni...anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi, the other way round kalau baby perempuan tu tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia...perempuan... Begitulah sebaliknya...

Sesetengah wanita hamil ada yang sengaja tak nak tahu jantina baby dia. Biar ia menjadi kejutan katanya. Samada lelaki atau perempuan, itu tak menjadi hal, yang pentingnya baby tu kurniaan Tuhan yang Maha Besar.

Tapi ada juga yang memang ingin tahu.. dan sudah dua tiga kali pergi 'scan'.. Tapi masih sangsi. Korang percaya tak bahawa ada kes terpencil yang mana doktor cakap lelaki, alih-alih yang keluar baby perempuan..hmmm.. tak ke haru kalau awal-awal lagi si bapa dah siap cari nama anak lelaki siap belikan kasut bola lagi.. ahaks..

Apa pun zaman sekarang nie dengan teknologi yang semakin canggih, peralatan dan scanner yang ada kat hospital-hospital tentunya dapat membantu doktor membuat pengamatan dengan lebih tepat lagi.

Anyway, kalau orang dulu-dulu senang je kalau nak tahu lelaki ke perempuan. Lagi salah satu cara dengan memerhatikan kedua-dua buku lali ibu yang mengandung. Sekirangnya kelihatan licin dan putih bersih, kemungkinan besar anak lelaki.

Jika kelihatan kehijau-hijaun, mungkin anak perempuan. Apa pun semuanya dengan izin Allah jua.

Peringatan: Petua ini untuk digunakan oleh lelaki yang bakal bapa, untuk buku lali isteri masing-masing je tau. Jangan pergi tengok buku lali wanita lain pula.. ahaks..

Tak kisahlah anak lelaki ke perempuan ke... yang penting sihat...anugerah dan amanah Allah SWT. Apa pun jantina... itulah ikatan kasih sayang antara suami isteri kan kan kan?

0 Response to "Cara-Cara Ketahui Jantina Anak Dalam Kandungan Lelaki Atau Perempuan.?"

Post a Comment