Selalu bawa alquran lindsay lohan dekati islam


Lindsay Lohan ketika ini masih lagi menjalani sesi khidmat masyarakat dan perlakuannya baru-baru ini yang membawa terjemahan al-Quran turut menarik minat orang ramai terhadap perubahannya itu.

Sebelum ini, Lindsay yang beragama Katolik ini pernah memuat naik gambar yang cenderung ke arah Islam di akaun laman Instagram miliknya sekaligus mengundang komen positif oleh umat Islam berhubung isu ini tersebut.

Selalu Bawa Terjemahan al-Quran, Lindsay Lohan Dekati Islam

Selain itu, Lindsay juga pernah mengakui kini sedang dalam proses mempelajari banyak agama ketika ditemubual oleh Oprah Winfrey. Selain agama Islam, beliau turut mendekatkan diri dengan Buddha dan Kaballah.


Saya seorang yang mempunyai tahap rohani yang tinggi dan akan bertambah dari masa ke semasa, katanya di dalam rancangan tersebut. Perubahan itu dianggap sebagai perkara yang positif oleh sesetengah peminatnya setelah sebelum ini terjebak di bawah pengaruh alkohol dan salah laku

0 Response to "Selalu bawa alquran lindsay lohan dekati islam"

Post a Comment